Notis Perlindungan Data Peribadi Bagi Kumpulan Syarikat Marco
Kumpulan Syarikat Marco, termasuk Marco Corporation (M) Sdn. Bhd. serta anak-anak Syarikat yang terdiri daripada Marco Worldwide Sdn Bhd, Surpass Sdn. Bhd. (“Marco”) menghormati dan komited untuk melindungi maklumat peribadi dan privasi anda. Dalam Notis Perlindungan Data Peribadi ini, “kami”, “kita” atau mana-mana derivatif yang berkaitan merujuk kepada Marco, dan “anda dan “kamu” atau mana-mana derivatif yang berkaitan merangkumi pihak ketiga yang data peribadinya telah anda berikan kepada Marco.
Notis Perlindungan Data Peribadi ini menerangkan aturan dalam pengumpulan dan pengendalian maklumat peribadi anda, termasuk maklumat peribadi sensitif anda sejajar dengan Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. Ada dimaklumkan bahawa Marco boleh meminda Notis Perlindungan Data Peribadi ini pada bila-bila masa tanpa notis pemberitahuan awal dan akan menerbitkan Notis Perlindungan Data Peribadi yang dipinda semula atau dikemaskinikan di laman web kami atau melalui e-mel.
Kami mengumpul dan memproses data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun. Sekiranya anda di bawah umur 18 tahun, sila dapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga anda sebelum memberikan data peribadi anda kepada Marco. Sekiranya kami mengetahui bahawa maklumat peribadi itu adalah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan ibu bapa, maka kami akan memadamkan maklumat tersebut. Jikalau anda mempunyai sebarang andaian bahawa pengumpul maklumat daripada atau butiran kanak-kanak adalah di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan ibu bapa, sila hubungi kami menggunakan maklumat hubungan kami dibawah.
(1) PENGUMPULAN MAKLUMAT PERIBADI
Kami mengumpul data peribadi iaitu nama, alamat rumah, alamat e-mel, nombor. telefon dan nombor akaun anda, pilihan anda semasa membeli produk and perkhidmatan dari kami dan semua maklumat lain yang dibeirkaan olen and kepada Marco melalui saluran-saluran yang berikut
- Laman web Marco dan laman web yang mempunyai hubung kait dengan Marco;
- E-waranti produk jualan daripada Marco
- Borang elektronik daripada Marco;
- Borang fizikal daripada Marco;
- E-mel; dan/atau
- Media sosial dan platform komunikasi perutusan yang lain
Semua maklumat yang diminta dalam borang-borang yang berkaitan adalah wajib untuk anda berikan melainkan dinyatakan sebaliknya. Sekiranya anda gagal untuk memberikan maklumat wajib tersebut, kami tidak akan dapat memproses permintaan anda atau memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang berkaitan kepada anda.
(2) TUJUAN PENGUMPULAN MAKLUMAT PERIBADI
Maklumat peribadi anda dikumpul dan diproses dengan lebih lanjut oleh Marco seperti yang dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang dan untuk melaksanakan transaksi komersial yang diminta oleh anda, termasuk yang berikut:
- memproses permohonan anda untuk membeli produk / servis kami
- menghantar produk kami kepada lokasi pilihan anda
- menyelesaikan aduan / masalah penghantaran (sekiranya berlaku)
- menghantar pemasaran produk baru kepada anda (dengan persetujuan baharu)
- untuk memudahkan penyertaan anda di dalam sebarang pertandingan atau acara
- untuk mentadbir dan berkomunikasi dengan anda berkaitan dengan perkhidmatan dan/atau acara kami;
- untuk memproses pembayaran berkaitan dengan permintaan perkhidmatan anda;
- untuk menyimpan dan menjalankan proses analisis data
- untuk memperbaiki produk dan perkhidmatan kami;
- untuk menghantar ucapan musim, pesanan khas atau komunikasi lain yang serupa;
- untuk menghubungi anda mengenai produk perkhidmatan, acara yang akan datang, promosi, iklan, pemasaran dan bahan komersial
- untuk membolehkan pihak ketiga menghubungi anda untuk kempen pengiklanan, promosi atau pemasaran yang dilakukan oleh mana-mana entiti pihak ketiga;
- untuk tujuan kolaborasi dengan rakan niaga untuk mengiklankan dan memasarkan produk dan perkhidmatan kepada anda;
- untuk pengurusan rekod dalaman Marco, acara dan aktiviti hubungan pelanggan dan program ganjaran kesetiaan pelanggan.
*Di mana anda telah menunjukkan persetujuan anda untuk menerima maklumat terkini tentang pemasaran dan promosi daripada Marco, anda boleh memilih untuk dikeluarkan daripada menerima bahan pemasaran atau promosi sebegitu pada bila-bila masa. Anda boleh memilih pilihan “unsubscribe” yang dibekalkan dalam e-mel yang dihantar oleh Marco atau hubungi Marco
(3) PEMEPROSESAN MAKLUMAT PERIBADI
Kami memproses data peribadi anda hanya di dalam Malaysia sahaja. Tiada data peribadi yang dipindahkan ke luar Malaysia.
(4) PENZAHIRAN
Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:
- Penasihat profesional dan penyedia perkhidmatan korporat, termasuk juruaudit, peguam, setiausaha syarikat dan perunding
- Rakan kongsi pengiklanan dan pemasaran
- Pemproses pembayaran
- Perkhidmatan awan dan pengehosan
- Sokongan pelanggan dan komunikasi
- Penyelidikan dan tinjauan pasaran
- Logistik dan rakan kongsi perkapalan
- Platform media sosial
- Rakan kongsi perniagaan dan peniaga
- Penyedia analitis dan penjejakan
- Agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk polis tempatan (PDRM)
- Pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan, pihak berkuasa berkanun, majlis tempatan dan pengawal selia industri termasuk Bank Negara Malaysia, Bursa Malaysia, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi, PERKESO, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia.
(5) LANGKAH KESELAMATAN
Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:
- memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendakAkta 709
- memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda
- mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak pembekal sistemdilantik, pihak kurier dilantik.
Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab untuk menjaga kata laluan dengan baik dan tidak menzahirkannya kepada pihak lain bagi mengelakkan risiko pencerobohan terhadap data peribadi anda
(6) TEMPOH PENYIMPANAN MAKLUMAT PERIBADI
Kami akan memproses data peribadi anda selagi kami mempunyai asas undang-undang untuk membuat demikian. Maklumat peribadi anda akan disimpan hanya untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan-tujuan yang dinyatakan di atas, dan selepas itu kami akan memastikan bahawa data peribadi anda dipadamkan.
Kami juga mengutamakan langkah-langkah yang berikut untuk pengurusan dan pemadaman data peribadi yang disimpan oleh kami:
- Dari masa ke masa kami mengadakan amalan “data sanitizing” dengan melupuskan maklumat peribadi yang tidak dingini
- Melarangkan penyimpanan data peribadi melalui peranti media mudah alih (“removable media device”) dan perkhidmatan pengkomputeran awan (“cloud computing service”) kecuali dengan kebenaran bertulis pegawai yang diberi kuasa oleh Marco
- Menyediakan dan menyelenggara jadual pelupusan data peribadi untuk data yang tidak aktif (‘hard bounce” dari EDM)
(7) HAK ANDA
Anda berhak untuk:
- Membetulkan / mengemaskini data peribadi anda
- Mengakses data peribadi anda yang kami simpan
- Menghentikan promosi produk kami kepada anda
- Menarik balik persetujuan memproses data peribadi [Nyatakan kesan daripada tindakan subjek data ini]
Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan maklumat peribadi anda tepat dan terkini oleh itu kami meminta sekiranya terdapat perubahan pada maklumat anda, anda harus memaklumnya kepada kami secara langsung. Sekiranya anda ingin mengakses atau membetulkan maklumat peribadi anda, sila hubungi Marco
(8) HUBUNGI KAMI
Anda boleh hubungi kami berkaitan data peribadi anda melalui:
Nama | M-Service |
Jawatan | M-Service |
Alamat | 25th Floor, Menara JKG, No.282, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia |
E-mel | mservice@marco-groups.com |
Tarikh efektif: 12/1/2024
Ulasan Sebelum: 3/1/2024